Writer's thought

"I write what I think.
But, sometimes our feelings is difficult
to be disclosed with words".

How do you rate my blog?

Sunday, September 6, 2009

Awat la hang ni… nak makan pun segan….

RAMLAH pergi bercuti ke rumah bapa saudaranya di Alor Star untuk beberapa hari. Kebetulan pula bapa saudaranya mengadakan majlis perkahwinan anaknya yang sulung. Ramlah turut serta membantu majlis terbabit yang dijalankan secara gotong-royong.

Tetamu berkurangan selepas hari beransur petang dan Ramlah diajak adik pengantin, Salmah untuk menjamu selera kali kedua kerana makanan masih banyak.

Salmah: Ram, kita dah penat ni, mailah kita makan lagi. Lauk banyak ni.

Ramlah: Banyaknya makanan, tadi dah makan, ni nak makan lagi, seganlah. Badan dah bertambah bulat sejak sampai sini. Apa kata orang nanti.

Salmah: Awat la hang ni, makan pun segan. Bukan suruh buat kerja.

Beberapa minit kemudian.

Salmah: Jom, kita pi belakang tolong orang basuh pinggan.

Ramlah: Kau pegilah dulu, tadi aku tengok ada budak-budak muda lepak dekat situ. Aku tak kenal mereka, seganlah. Mereka tu nampak macam miang aje. Tenung aku semacam.

Salmah: (Dengan nada yang agak tinggi) Hang ni memang jenis penyeganlah Ram. Bukan aje buat kerja, makan pun hang tak mau!

Ramlah: Memang saya ni seorang yang penyegan. Lebih-lebih lagi kalau ada orang lelaki. Eeee, segannya saya.

Salmah: (Dalam hati) Apalah nasib Pak aku, ada anak sedara penyegan nak mampuih! Dah la gitu, bangga pulak mengaku penyegan.

‘Segan’ membawa dua maksud dalam bahasa Melayu iaitu malu dan malas. Bagi masyarakat Melayu di utara Semenanjung, perkataan ini lebih digunakan untuk maksud malas, manakala di tempat lain digunakan untuk maksud malu. Penyegan bagi masyarakat Melayu di utara Semenanjung bermaksud seorang yang pemalas, manakala bagi tempat lain pula bermaksud seorang yang pemalu.

Dalam dialog di atas, Ramlah malu hendak makan lagi kerana sudah terlalu banyak makan dan berat badan pun dah bertambah. Salmah pula menyangka Ramlah malas hendak makan. Begitu juga apabila diajak membasuh pinggan, Ramlah tidak mahu pergi kerana dia berasa malu kerana ada beberapa pemuda di situ. Salmah pula menyangka Ramlah malas, itulah sebabnya dia tidak mahu menolong membasuh pinggan. Salmah juga berasa sedih kerana mempunyai seorang sepupu yang sangat pemalas sehingga makan pun malas.

2 comments:

  1. uihh..aku rase aku ni penyegan bagi kedua2 maksud!!! haha

    ReplyDelete
  2. ye ke mc ween??xtau plak.ai,klu camni aku dah serba-salah laa nak amek ko jadi 'my better-half'.hak3...(^__^)

    ReplyDelete

Bye Myspace Comments